Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuka kaunter Bantuan Khas Kerajaan bermula hari ini untuk permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Dalam satu kenyataan agensi itu memaklumkan kaunter itu akan dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri serta melalui janji temu sahaja.